Thursday, December 23, 2010

merawat muka lebih molek dari berusaha menutupinya

haaa. tak giler kentang weyh letak entri macam ni. asal lak mood berblogging saya ni da ke arah penjagaan kulit muka lak ni? haish. tu la sebab pompan ada 9 nafsu.

korang pernah terfikir tak kalau kita buat take note atau pun research seperti pencuci muka, lotion, moisturizer, toner, serum adalah kunci untuk dapat kulit muka yang cantik dan sihat? mungkin ada yang notice dan ada yang tak.ada jugak yang bergantung pada keadaan.

setiap orang ada kulit muka yang berbeza beza macam saya ni muka selalu berminyak macam minyak saji kat dapur tu haa dan paling tension bila tak dapat pencuci muka yang ngam betul betul dengan muka. wa tension weyh. hilang duit, hilang kesabaran dan hilang boyfriend. ops. tang yang last tu belum jadik lagi. aku merapu je tu nak buat ayat lagi sedap.heh sedap ke sampai boleh buat makan.

kita beralih pulak kenapa kita perlu merawat dari menutupi cela tersebut macam pakai concealer la, foundation yang tahan lama la dan macam macam sampai haku pon pening sebabnya kalau kita tutup pakai make up sah sah lerh muka yang korang tutup tu jadik rosak dan susah nak bernafas.
kalau muka tu boleh bercakap agaknya da lame da cakap. woi! tak payah tutup aku pakai tanah liat.pekejadahnya yang kau buat ni. har har har bunyi macam aku je yang cakap. haha

seeloknya try la dalam berbulan bulan tak pakai make up dan tumpukan pada merawat muka.kompem gerenti muka bersih suci lagi gebu. ececeh.
walaupun korang agak tak yakin dengan muka korang bertompok sana bertompok sini, just be konfiden. ala relax la baru dua tiga pakwe makwe lari kan? haha.
saya pernah gak try tak pakai make up pergi kelas ke hape. siyes pelik giler muka macam rasa kita la orang yang paling buruk sekali di dunia.rendah diri sampai ke lantai.sob sob.at least jimat la jugak duit dari beli make up mahal mahal akhir nya muka gua tetap sakit. gua memang ada kulit sensitif. hati pon turut sensitif.
dan time tu la krim kecantikan memang bernilai buat saya. jerawat pon tak da nak serbu sekali geng sekarang ni.
berkat kesabaran,kegigihan + muka tembok = hasil berbaloi baloi.

pelaburan yang melibatkan $$$$ la yang buatkan saya tak da duit nak keluar hanging out dengan kawan. so how saya nak atasi masalah ni? senang je.

1) pi tanya orang. tok sah nak beli nak torai sana nak torai sini. eden tak suka rosak kan muka.

2) beli produk yang kurang bahan kimia atau langsung tak pakai bahan kimia. orang duk citer bedak sejuk temulawak best la itu la. best ke jah oi?

3) produk yang disahkan klinikal

4) kalau memang susah nak buang tebiat beli produk yang lain tiap tiap bulan beli je la trial pack. sedih betul.

5) pakai makeup mineral. banyak kat drugstore ada jual.

6) yang saya duk citer BB cream tu kan okey? apa kata korang cuba? saya dah cuba. :D jimat berbulan bulan tau. really!

7) senang senang jumpa doktor pakar kat klinik. cakap ape petua muka doktor licin berkilat semacam.haha

8) makan vitamin banyak banyak. i think vitamin C dan E.tak pun korang pergi borong limau banyak banyak kat carefour ke giant ke tesco ke sebab dia macam cantikkan muka gak kalau korang makan tiap tiap hari.

9) jika korang ada muka yang berjerawat, berminyak dan sensitif seeloknya korang try body shop tea tree lotion,oil, dan cleanser. tea tree oil boleh menyelesaikan masalah. agak berpatutan harganya tapi korang boleh beli trial pack dalam harga rm79 dalam satu beg kaler hijau kalau agak agak tak konfiden dengan apa yang saya cakap ni. sekarang bahan tea tree famous. dia boleh cegah bakteria jerawat dari merebak dan merawat tompk tompok jerawat dan mengurangkan minyak kat muka.

10) minum air banyak banyak. singkirkan la toksin badan korang yang berlebihan akibat makan yang sedap sedap. lagi best minum clenx tea. buang toksin badan.bdan pon tak rasa letih. muka korang pon kurang tumbuh jerawat sebab toksin dalam badan dah berkurang.

p/s : saya dan mila dah try clenx tea. korang bila lagi? hehe:D

4 comments:

  1. salam..
    opppss...sowwie?
    salam masuk la pulak
    entri pompuan ni..?
    saya cuci muka guna
    laureal men's..he he

    ReplyDelete
  2. wahhhhh. bguss tipss tuh.
    tp yg part elakkan make up berbulann2 tuh agak susah ohhh. huuu.

    ReplyDelete

tak boleh maki maki di sini.
makaceh. :)