Saturday, January 1, 2011

my wish list for 2011

sekarang korang bukak mata besar besar baca entri aku yang baru ni. ni benda series. aku tak main main.
hahaha. ayat tak nak lagi gengster.

aku nak pakai sopan sopan.mak bapak aku da balik dari haji. lepas dapat duit sem4 ni aku nak beli baju labuh labuh. kurangkan ketat kurangkan sendat. supaya mak aku tak da lah cakap ;

hey kak kau tak da baju lain ke? sakit mata mak tengok

sebaliknya

cantik baju ni. akak beli kat mane? mak nak beli yang sama jugak la.

hahaha. T.T

kalau korang perasan belog aku ni jarang ber camwhore macam belog orang lain sampai posing gaya ala2 rimau gitu disebabkan eksaited pasukan bola malaysia menang masa tu. hek. oleh itu aku isytihar kan 2011 aku akan beli kamera. walaupun tak mahal mane. janji dapat ber camwhore macam korang gak. wahahaha jeles melampau.


aku memang suka baju baru. baju dalam baru, baju luar baru, baju tidor pon baru. kah kah kah.
aku tengok koleksi baju aku tu macam zaman batu punya style. so nak tukar selera tahun 2011 ni dengan gaya lebih dewasa dan ceria. tak nak moody moody. tak setona la dengan umor 20 ku tahun ni kan?

haaa kasut baru tu kemestian tiap tiap tahun. tak kan nak pakai selipar jepun pergi kelas.macam orang baru keluar tandas je.
kalau tak da sangat kasut baru memang kerja aku rembat kasut mak aku je lah.

sekarang dah berjuta juta (tipu la tu) pakai contact lens. nampak comel gitu. tak payah la pakai spek mata tebal tebal sampai orang cakap "hey budak mata empat atau makcik". plus, biar mata aku nampak mengancam gitu bila termenung dalam jamban. what the?!

kawan saya disebelah kiri namanya asma. dia peramah gila dan pandai :)

senyuman fake semata mata. gambar dulu2 yang ade dalam laptop.
mata tak cukup besar.so nak tambah besar lagi.
sori kalau muka cukup ganas nak buli orang.

wah siap bunyi lagi. bila cakap pasal lesen umur aku 20 tahun pun belum lagi amik lesen. tak kira la lesen kereta ke,lesen beca ke, lesen kahwin ke, lesen motor dan basikal ke. semua tu aku belum usik lagi. sebab aku ni sibuk dan PEMALAS. haha.

aku kalau malas memang malas tahap koala. tapi kalau rajin memang rajin macam cheetah. hahaha ape punya perumpamaan la. rajin tu boleh dikatakan rajin disegi fizikal dan mental. rajin update belog, rajin buat assignment, rajin datang kelas, rajin buat kerja rumah dan rajin ke toilet. T.T

sebelum sebelum ni pointer aku dalam paras paras best dan bukan yang the best. dalam 2011 ni aku nak dapat pointer tinggi lagi dari hanis zalikha dan fatin liyana.apekah?
kalau aku berjaya, aku akan letak pointer aku kat sini. kala tak berjaya, HA HA HA harap maklum saja lah.

aku kalau time presentation macam beruk kena kejutan elektrik. asyik asyik kena gelakkan dengan kawan je. T.T. aaahhh NVM, tu tahun lepas nye sejarah. sekarang aku nak lebih confident tahap dewa,
lebih dewasa dan peramah dalam pergaulan. yeahhhh!


kalau korang tengok entri baru ni macam kreatif sikit la dari yang lain. sikit je. tibe tibe rajin pulak nak bukak photoscape mengedit bagai macam nak rak. kan aku kata aku nak rajin. ni lah bukti aku nak rajin. betul tak?

semua tu wishlist 2011 saya. you all macam mane? sama kah?

24 comments:

  1. dahsyat betul tetibe kua 3000 buat kecoh . kuss semangat , memang kreatif hangpa neh . i sukeee

    cehceh ;P

    ReplyDelete
  2. selamat maju jaya melunaskan segala azam.. ;)

    selamat tahun baru 2011 (^^,)

    ReplyDelete
  3. semoga tercapai semuanya..
    eh,,eh.. slmat tahun baru.

    =)

    ReplyDelete
  4. wohaaa. semoga seua list full tick bila end of 2011 nnt.

    ReplyDelete
  5. hehehe~
    yg last tuh cmbest jek?hehehe..
    smua nk yg baru yea yum2?

    ReplyDelete
  6. @Pinky Pixie

    insyaallah. selamat tahun baru jugak :D

    ReplyDelete
  7. bila baca ni ezhan pon rasa nk tukar entry jd lagi kreatif la. hihi

    ReplyDelete
  8. @ezhan_artwork

    jum sama sama tambah kan kretiviti kita :D

    ReplyDelete
  9. Semoga apa yang dihajatkan tercapai ye cik tom-tom :P

    hey! Bukan nak kahwen ke taun nie :P Schalalala~

    ReplyDelete
  10. wah nice.. moga tercapai segla impian dan harapan

    ReplyDelete
  11. wah! byk nyer.moga tercapai :)

    ReplyDelete

tak boleh maki maki di sini.
makaceh. :)