Thursday, December 23, 2010

rajin rajin cantikkan muka

teringat lagi post semalam? haaa harini pon ada jugak terselit pasal korea jugak. tak lain tak bukan BB cream.
sesuai untuk lelaki dan perempuan yeh. :D

actually ada someone request suh tepekkan muka untuk tengok result pakai bb cream. actually saya dah tak pegang kamera sekarang ni. hanya ditemani oleh kamera encik beruang. so kalau tangkap gambar kena cepat cepat masuk dalam laptop. and masalah besar pulak berlaku tadi.haish tension je tengok. gambar dalam kamera tuh tak boleh nak masuk dalam laptop. laptop encik beruang pun ada masalah. so how?
tapi tak ape. disebabkan saya baik. saya akan tolong.weheee. :D


BB cream, dikenali sebagai Blemish Balm or Blemish Base, adalah barang kosmetik yang dijual di Korea.kebiasaannya ia digunakan oleh dermatologists untuk menolong pesakit selepas melakukan rawatan laser untuk melindungi, memenangkan and merawat kulit muka yang terlalu sensitif disamping memberikan liputan yang lebih ringan untuk kesan parut selepas melakukan laser, berjerawat dan cacat cela.BB cream asalnya dari germany dan famous dikalangan orang asia untuk liputan muka yang tampak natural. artis korea dan syarikat kosmetik yang pertama menjumpai BB cream, dan popularitinya telah tersebar luas dari korea hingga ke jepun dan south east asia. 

jenama yang saya rasa korang semua kena try :


-harga : agak mahal. dalam lingkungan rm 115.
-lokasi : pernah ternampak kat SASA Alamanda.
-rating : no rating yet.
-review: harga mahal, respon pon bagus.




2 ) missha perfect cover bb cream
-harga : rm 49-69
-lokasi : unknown. mungkin ada kat SASA. ataupun try beli secara online.
-rating : 4/5
-review: so far sesuai untuk muka yang perlukan coverage yang tinggi untuk tutup cela2. tak perlu pakai conceler.
the best i think. :D



3) etude house bb cream
-harga : tak mahal dari rm 60.
-lokasi : etudehouse kan banyak tempat. 
-rating : 3/5
-review: sesuai untuk sesiapa yang tiada masalah muka. liputan yang sederhana. segar. tak nampak produk ni ada SPF. siapa yang nak try, sapu sunscreen dulu before sapu etude house bb cream. :D




4) bio-essence multi effect bb cream
-harga : affordable. harga rm 50-70
-lokasi : watson dan guardian.
-rating : no rating yet.
-review: editor pick dalam majalah kecantikan. liputan yang tinggi. 8 in 1. tak perlu pakai concealer. nak try 2011 nanti lepas abes pakai sample BB cream BOB. musti pergi beli punye.hehehe :D

5) heme bb cream
-harga : rm 49-79
-lokasi : watson.
-rating : 3/5
-review : last time saya pergi cuma dapat test kat tangan. gelap sikit dari biasa. mungkin cantik lepas pakai kot.moisture dia lebih pekat seakan foundation.



6 )mushroom multi care bb cream-skinfood
-harga : rm 40-60
-lokasi : skinfood.
-rating : 4/5
-review : lebih bertindak melembabkan muka dan melindungi muka dari sinaran uv. tak sesuai untuk muka yang berminyak. more untuk orang berkulit kering.



7) DR.G  hydra intensive bb cream.
-harga : rm 89-99
-lokasi : last seen at SASA the mines.
-rating : 5/5
-review: bertindak sebagai moisturizer, concealer dan mencerahkan kulit muka.sesuai untuk sesiapa yang mempunyai kulit muka yang sangat sensitif.review paling terbanyak.highly recommended.<3
time tu tak sempat nak beli walaupun da menepekkan diri kat SASA dan sibuk menanya BB cream kat SA.

banyak lagi BB cream sebenarnya. saya just letak yang mana saya tahu dan cepat didapati..
so ape lagi. jum tepek tepek BB cream untuk kelihatan natural beauty gitu tak pun momok ke kan? haha


update : akhirnya saya berjaya amik gambar saya pakai bb cream dari profil encik beruang.

muka nampak cm natural dan kurang reddish kat pipi.

8 comments:

  1. untuk lelaki pun boleh ke? huhu :p
    http://gengblogger.com/v/299188

    ReplyDelete
  2. tahniah!!
    anda berjaya..
    ehheeee

    ReplyDelete
  3. @MéuzAngelo™ XXIII semestinya boleh :D

    artis lelaki korea pon pakai jugak :D

    ReplyDelete
  4. ciktomyam..konfius sikit...BB neh krim muke ke o make up ek..

    ReplyDelete
  5. thanxs for the info !
    best..i nk try jgk lah.. ^___^
    u pkai brand yg mna?

    ReplyDelete

tak boleh maki maki di sini.
makaceh. :)