Tuesday, January 4, 2011

tutup aurat kalau anda tu seksi.

megahnye aku mendirikan kata kata macam ni. aku tak da la seksi mana. tapi aku cuba mencegah dari/daripada menjadi seksi. sebaliknya mencetuskan idea untuk kelihatan menarik walaupun aku takda la menarik sangat kan. ayat tak nak lagi kesian je. haha.

teringin pulak nak jadik fashion designer yang terkenal. boleh la camwhore camwhore dengan semua artis panas malaysia ni bila dapat bertemu. pastu bila rapat dengan artis tiba tiba ada pulak job sebagai pelakon tambahan pegang banner. eceh. amboi kau toksah la nak berangan kalau takat kelulusan spm tak berapa nak megah lepas tu diploma pon macam ntah pape je kau amik. adus. hati terbelah dua.

harini aku berjaya buat satu portfolio khas untuk sape yang teringin sangat nak bergaya ala2 diva gitu. kalau orang lalu pon sempat tertongek2 tengok hengkau. auwww panas tak panas uuu.

tadi aku dok berangan bukak polyvore kat internet. matching matchingkan baju, seluar, kasut, gelang, beg n cermin mata yang da voom lagik. mana la tau bila aku dah jadik kaya dengan duit pinjaman aku nanti dapat la aku merasa nak tukar fesyen fesyen yang cenggini. over uu. *asal cam mengedik je ni. aku heran la.
baju ni memang smart and cool kalau bawak pergi kerja. kawan sekerja mesti tegur.
hei,u beli baju ni kat mane? i rasa macam nak terbang dengan u pakai kayu penyapu. 
malas nak pakai kemeja yang skema skema boleh pakai dress labuh sikit dengan inner.style gitu bawak pergi kerja, jalan jalan atau bila ada annual dinner. malas mak nak cerita lebih.nanti aku mengarut susah gak.

saat bunga bunga cinta berterbangan, saat tu la korang akan mula tertarik dengan kaler kaler yang terang.


perempuan memang minat dengan kaler pink. tapi jangan sarat sangat.nanti orang cakap,
ini pelakon yang berlakon cerita lu'lu tu ke?LOL


simple and casual bila keluar berjumpa kawan untuk bersantai. tak de la sarat bebenor kan? nanti kawan kau tak da la mengatal cakap
sejak bila kawan aku duduk london ni?

hahaha lu pikir la sendiri.

p/s: dah la aku muak betul la dengan entri ni. 

update : aku pilih seluar tu disebabkan kaler dia yang match dengan baju. bukan sebab kesendatan seluar tu yang aku nak okey. 

13 comments:

  1. salam..
    tahu tak pe..
    ramai ahli neraka
    adalah perempuan..
    dan bab tak menutup
    aurat ni lah puncanya
    wallahualam..

    ReplyDelete
  2. sluar n bju ketat jgn pkai.. sama mcm bogel.. kwn aku pnh sound, baik xyah pkai slua.. haha.. kejam punye perli.. :-P

    ReplyDelete
  3. slm...cik tom yam..tajuk entri tuh memang betul & benar.. sebenar. benar... nya...biarlah suami atau bakal suami saudari jer tengok ke 'seksi' an saudari...usahlah ditunjuk2..kerana keseksian perempuan menganggu kami (lelaki)...

    ReplyDelete
  4. suke giler aku kat blog ni.. sgt simple dan menyenangkan mata aku membaca.. hehehehhe...

    ReplyDelete
  5. kalau buruk xyah tutp aurat ahh? haha slamat bkenalan. polo u

    ReplyDelete
  6. naturactor tu foundation la tomyam :)

    ReplyDelete
  7. @theufo

    ayat menganggu tu tak sesuai la. seolah olah kita ni hantu pulak. haha

    ReplyDelete
  8. @zulkbo

    betul tu.semoga suami mereka dapat membimbing mereka.:D

    ReplyDelete
  9. @SyerAgh

    yang buruk lagi la kena tutup.hahaha

    ReplyDelete
  10. erm...nyelah..mengganggu fikiran...kalu dah terbuka sana sini....leh dikatakan mcm hantu..kalu tertutup tuh..kan baik..x lah mcm hantu...
    hehheheheh....

    ReplyDelete

tak boleh maki maki di sini.
makaceh. :)