Saturday, February 26, 2011

addicted dengan contact lens

ni bukan ayat ayat cinta
ni ayat ayat gedik.
:')

lewat malam pukul 1.21 pagi masih lagi belum tidur. serupa macam burung hantu cuma yang ni pakai shawl.
terus terang aku cakapkan aku sekarang addicted dengan contact lens.omb!! (oh manyak baguss!!!) rasa macam baby doll sekejap. lepas tu aku rasa macam alien sekejap. dan lepas tu aku rasa macam artis jepun sekejap. berapa banyakpunya sekejap lah hoi.

aku rasa aku lebih konfiden dengan diri untuk memperagakan shawl yang aku kumpul dulu dulu. serius kat rumah dah beli macam macam shawl tapi aku tetap stay dengan tudung biasa. membazir betul. inilah tabiat aku. pantang nampak yang cantik mula la aku terhegeh hegeh keluarkan duit dari beg dompet. kenapa lah tangan ni gatal sangat. ikat dengan besi la senang. kalau orang cari pasal je dengan aku. haa nah meh sini aku pukul sorang sorang pakai besi. haha

kalau aku pakai shawl macam ni jumpa korang semua o.k tak ? atau k.o?
janganlah salah paham aku bukan ninja.
abaikan kerutan dahi yang huduh itu.

kau tengok. betapa konfiden nya aku buat mimik yang boleh dapat penampar berasap dari u olls. kalau tanpa contact lens, jangan harap la aku nak pakai shawl bagai siap dengan anak tudung siria lagi. dua tiga lilit da boleh buat aku mampus terikat dengan shawl kat leher. alamatnya aku campak kan je shawl tu dan cepat cepat pakai tudung biasa.

kadang kadang boleh mengambil masa selama 1-2jam nak bersolek ni, tapi kalau dah malas nah 5 minit je dah siap tepek tepek bedak tanpa mandi. erk. busuk macam taik. tak berjiwa romantik la macam ni. nak keluar kena la wangi wangi. aku pakai minyak wangi silky girls je. nak beli mahal mahal tak mampu. tu pong kalau ada datuk datuk yang mampu nak tanggung aku. ado ko datuk datuk nak kan haku? ado banyak. yang banyak cucu tu hado la. heiii meremang la eh. kalau nak tunggu yang dato yang mudo masih bujang naik mercedes berjanggut la haku. ado ko yang berkenan? okey okey aku mengarut je jangan bakar blog aku. haha


p/s: bestnya malam malam ni kalau dapat melantak prosperity. tak da sapa sapa nak buat delivery dekat rumah aku ke? haha :P

3 comments:

  1. ciktomyamgoon..cntact lens ni bgus tp kne hati2 skit..x smua cntact lens ni slamat..ada kes cntact lens bhya utk mata n mnyebabkan rosak pd retina..leh jd buta..nak2 cntact lens yg murah..aduka nsht je tau..tserah pd cik..xde niat nk halang dr pkai cntact lens..

    ReplyDelete
  2. Cik Yana pun suka pakai lens. Hahaha~ tapi tak suka pakai yang besar sangat sebab nampak pelik. Lagi satu tak pakai kerap sangat sebab nanti mata cepat letih dan memang tak elok pakai terlalu kerap. Hehehe~

    ReplyDelete
  3. @Cik Yana

    yup. its true. memang penat gila kalau sehari duk pakai contact lens. sekarang pakai tuk keluar jenjalan je :D

    ReplyDelete

tak boleh maki maki di sini.
makaceh. :)