Monday, February 28, 2011

kisah kita sayang


ketepi ketepi. aku nak citer kuat kuat. ini kisah kau dan aku. ceh. kisah apa jer. kisah pakwe makwe ader lee..malam ni aku terasa macam nak jiwang jiwang sikit. pada sesiapa yang geli akan apa aku nak cakapkan ni. anda dibenarkan duduk dalam tandas berejam rejam.

it begin like this,
lepas habis spm, aku mula pergi kajang untuk bekerja meskipun aku duduk kat bangi. bangi tu ceruk sangat. mana ada tempat kau nak kerja best best. itupun kalau kau nak kerja satu tempat dengan myanmar, bangla dan indon dekat kilang. arghh tak kuasa haku,

pencarian kerja kosong aku dengan kawan aku bermula di kedai kedai kecil yang menjual barang barang keperluan seterusnya mcd. dan lepas tu aku pergi ke kedai baju china yang kebetulan baru je bukak cawangan dekat metropoint kajang. tokey tu cakap "lu masuk kerja esok ahh".aku terus melonjak.yeye dapat kerja. sekarang umur aku dah 20tahun kiranya benda ni terjadi 2 3 tahun yang lepas la.

kerja dengan cina memang best tapi ada jugak yang tak bestnya. yang bestnya dorang hormat kaum kita tak makan babi. ada satu masa tu, dorang belikan roti halal untuk pekerja dia. agak terharu. aku tak pernah bergaul rapat dengan amoi. kira first time la uh. keburukannya, dorang tak pernah bagi kitorang duduk atas kerusi. kalau boleh 24hours a day dorang tak kasi duduk. haaa berdiri la kau sampai lemak kau bertaburan.
itu satu hal, yang lagi tak best bila nak solat dorang tak kasi sebab terlalu kerap break. "tak boleh kaa sembahyang kamu tu bawak balik rumah". gulp. apakejadahnya tu. aku buntu.

aku dengan kawan aku buat keputusan cari kerja yang baru ketika break. break pon tak sampai sejam. apa ni. gaji kurang. sapa2 pon tak puas hati kan?aku terus apply kerja kosong dekat kfc metropoint, kajang. terus diterima. gaji pon okey. bawah 8jam, sejam dikira rm4.40-rm4.50 kalau amik ot lebih dari 8jam, sejam dikira rm6.00. aku tak berkenan sangat jadik cashier, alih2 manager tu letak aku sebagai cashier. hamboi kau. kawan aku pulak dia campak dekat department back-up. dia sendiri yang demand sebab dia pemalu sikit dengan orang. selalunya pekerja yang diterima dorang akan kerja dulu tapi kitorang tak langsung! haha! kitorang terus masuk kelas dan amik test untuk lulus kerja di kfc. OMCP! (oh manyak cantik punya) score test cantik. salah dua. 96/100. kawan aku 98/100! jeles hokey!

kehidupan aku terus berubah masuk kfc sebab tahun tahun yang lepas memang memeritkan. cuma ALLAH je yang tahu. paling perit apabila ex-bf telah berkahwin senyap senyap dengan perempuan lain. astaghfirullahalazim. aku mula lupakan solat. subhanallah.

seminggu aku kerja di kfc, aku mula mengenal satu lelaki tetapi sebagai kawan. permulaannya sangat kelakar.beliau telah meminta nombor telefon aku tapi aku tak terlintas langsung nak ambik no dia. aku jarang bertentang mata dengan lelaki.so aku pandang seimbas gitu je. aku ingat lupa lupa rupanya hingga la dia buat lawak bodoh hari tu. ada orang miscol no aku malam malam buta bagi mesej "hye nak kenal boleh". aku buat bodoh je tambahan pulak aku takde kredit. kena masa betul lah! esok no yang sama keluar. aku buat bodoh lagi. sampai la aku kerja shift pagi.



enck bruang : oit ***** semalam ada orang kacau kacau kau en? miscol pastu bagi2 mesej.


ciktomyam   : tulah sapa ntah yang buat miscol. grrr kacau aku tidor je.*blur.mungkin dia tgk hp aku kowt.


enck bruang : no dia 019 bla bla bla eh?


ciktomyam  : eh camne kau tau?


enck bruang: aku lerh tu.!


ciktomyam  : aku ingat bngla mana kacau aku. kau ni asal tak bagitau!


enck bruang: saje je nak kacau kau tak nak bagitau nama.tak balas balas pon mesej.*lepas ckp terus gelak besar besar.LOL


esoknya dia miscol lagi dan bagi mesej.aku nak balas tapi..


enck bruang : dah bagitau pon kau still buat donno je.


ciktomyam   : sori la bro gua takde kredit.


kitorang banyak berjumpa waktu break. bila break je muka dia. muka dia je waktu break. apa lagi makan sama sama. dari rupa paras dia macam ke abang abang sikit. ada satu hari tu aku panggil dia abang dia terus terkejut. tiba tiba dia hulurkan punch card dia kat aku. omjiiiiii. sebaya kowt. kah kah kah. malu banyak disitu. gelaran abang tu terus lupus dan panggil kau aku je lepas tu. kah kah. kata kawan kan? kena la brutal u. hampir sebulan kerja dekat situ, kawan enck beruang masuk kerja tempat yang sama. langsung terus dia minat kat kawan aku. hamboi kau. glamer gitu kawan aku. atas sebab dia dah suka sangat dengan kawan aku, pelbagai cara dia buat nak bodek aku supaya kenenkan dengan kawan aku tuh. enck beruang pon terkena sekali. takleh nak keluar berdua kena lah keluar berempat kan?.kah kah kah. beban overload u alls.

apa yang buat aku tertarik dengan enck bruang ni, muka dia suci je. tak pernah tinggal solat. tak pernah gurau benda yang lucah lucah depan kawan kawan. serius dari start kawan dia tak pernah join kawan dia cakap benda benda kotor. dia banyak diam. kadang kadang buat muka tak selesa. mungkin dia jenis yang baik kot.

aku memang ada masalah pengangkutan pada hari jumaat.oleh sebab dia ikhlas nak tolong, aku mintak dia hantarkan aku setiap hari jumaat. demand kau. actually aku memang ada masalah hari jumaat. cuma orang yang terdekat je yang tahu.

semakin lama, aku mula jatuh cinta. tapi aku tak pernah tanya langsung dia ada awek ke. satu hari aku dapat tahu dia ada awek aku mula jauhkan diri dari dia.aku jarang bertegur dengannya. dia yang perasan mula tegur tegur dengan baik. aku rasa aku hancurkan hubungan orang lain.

aku cuba tanya selidik dari kawan dia. dia cakap perempuan tu satu kfc dan perempuan tuh yang mintakk dulu couple. aku try tanya dekat enck bruang and its true.dia ingat perempuan tu gurau gurau je tapi rupa rupanya tidak. dia tersalah langkah. tapi dia tak tolak sebab memikirkan perempuan tu nak fokus blajar. so aku cuba untuk lupa kan perasaan aku.mungkin ini dikatakan cinta tepuk sebelah tangan.

kitorang kerap keluar makan lepas kerja, tapi aku bagi amaran dekat dia berulang ulang kali, bagitau kekasih dia dulu sebelum keluar takut ada salah paham. kitorang borak macam biasa sperti kawan kawan yang lain.

one moment, dia cakap " biarlah dia nampak. biar dia tahu."

aku buntu. dia marah aku ke atau dia tengah gaduh dengan gf dia. mana satu betul pon aku tak tahu.
at the same time aku rasa serba salah.  so aku biarkan perasaan aku pergi.

and then, kawan dia citer "dia bagitau aku yang dia suka ah cakap dengan kau. dia dengan perempuan tu takda pape. serius. dia yang bagitau sendiri.perempuan tu yang lebih2."

mines. tu lah tempat paling jauh dari kajang pernah kitorang keluar bersama dulu as a friend. dapat pulak cuti pada hari yang sama memang umphh la aku cakap kau. dia bayar tiket ktm,dia blanja aku aiskrim.rasa macam aku budak sekolah pulak.kejadian yang paling pekat itam manis melekat dalam memori aku ni yanng buat aku teringat sampai sekarang, dia kena langgar bangla pada hari selasa dua tahun yang lepas dan dapat luka yang sangat teruk. rim tayar motor sampai gelong gelong. disebabkan kitorang dah janji hari rabu tu nak keluar sama2, walaupun sakit dia go through dengan janji dia. memang kelas la dapat naek rim tayar motor gelong. kah kah kah.

tak cukup dengan tu aku buat lawak la pulak. dia dah pelik tengok aku syiok sorang sorang. mana tak nya kan? aku makan aiskrim tanpa hiraukan dia, lepas tu citer punya citer sampai tertinggal dia kat belakang.punya la malu aku cakap sorang sorang tadi.haha. biasalah aku kan pekak sampai dia jerit dua tiga kali aku tak toleh toleh jugak.

setelah sebulan encik bruang amik keputusan, akhirnya dia memilih aku walaupun aku gertak gertak dia buat keputusan dengan lebih cepat sape pilihan dia sebenarnya supaya perasaan aku tak terguris. haha. brutal kot aku ni.

sejak aku bergelar kekasihnya, dia jaga penampilan aku elok elok, adab aku, dan tak lupa menyuruh aku solat. tiap tiap tahun memang wajib kitorang pergi taraweh bersama sama. dan tak lupa berdoa semoga syaitan tak mendekati kita dan menghancurkan hubungan kita ni supaya tak menyesal kemudian hari. jika sayang beringat ingat la pada allah.

parut dipergelangan tangan kirinya itu disebabkan berlanggar dengan bangla.*bukti kejadian itu betul.haha!



i love u sayang walaupun u tengah tidor sekarang ni.<3

2 comments:

  1. aik? bile tuko layout ni? hmmmm.. kureng suke.. :(

    ReplyDelete
  2. woahhh kisah cinta kau mmg menarik owh..
    dari sama2 kerja di KFC smpailah skarang ;D

    ReplyDelete

tak boleh maki maki di sini.
makaceh. :)