Friday, March 4, 2011

hari jadi emak dan bas sejuk macam freezer.



selamat hari yang ke 45 tahun emak :D
 semoga emak panjang umur dan sihat sentiasa. amin.


-----------------------------------------------------------------------------------------------

3/3 merupakan hari keramat yang aku sebutkan diatas tu. harijadi emak. dalam masa yang sama, 3 paper sekali gus habis harini. belajar macam nak rak tapi keluarnya ciput.takpa takpa janji dah jawab ketiga tiga sekali.kurang sikit beban hidup. aku plan balik rumah. tinggal la kawan aku dua orang kat hostel. sorry bebeh.

emak tak nak celebrate tetapi lepas kita paksa paksa tahap maksimum barulah emak nak ikut makan luar. sempat beli kek tapi semua tak larat nak makan. jadik kek kek tersebut sekarang berada di freezer. grrrrr geram dengan kek lemak berkrim tu.

lepas makan kitorang ambil angin di putrajaya. walaupun da banyak kali pergi, tapi best ambil angin malam malam sejukkan pipi. tak payah ngada ngada request air cond. bukak tingkap besar besar nah! hiruplah kau semua udara.

dulu putrajaya tak ramai sangat yang pergi waktu malam. kebiasaanya waktu petang memang bersepah bas persiaran kat luar masjid putrajaya tu sampai dah tak tahu nak parking kat mana lagi. sekarang, kalau korang tengok ramai giler yang pergi putrajaya pada waktu malam. dulu tak macam ni pon.

tapi bagus jugak, kalau ramai ramai tak da lah orang buat pelik kat tempat gelap gelap nanti kan kan?


bas nadi putra selalu ke hulur ke hilir. kau tengok la kemain lagi dia punya speed, kalah kau punya kereta. jangan main main. tapi tadi ada satu bas berwap sampai tingkap bas tak nampak apa apa kat dalam.



ciktomyam : perghh tu freezer ke hape?


adik           : boleh jadik tempat simpan makanan.


ciktomyam : uish letak eskrim. syiok tu. cuba bayangkan kalau makanan tu boleh keluar masuk keluar masuk macam manusia?



aku suka berkhayal lebih lebih. bagi aku itu perkara normal. bagi korang tak payah baca pon korang tau aku tak normal kan. cepat zip mulut laju laju.


p/s: last paper hari sabtu ni. after hari sabtu, i dah start cuti mid-term u allss. hehe :D

No comments:

Post a Comment

tak boleh maki maki di sini.
makaceh. :)