Friday, May 20, 2011

10 fakta yang perlu anda tahu pasal cik tomyam baru baru ni

1) anti kalkulator

bila final memang nebes dan mengeletar tak tentu pasal. macam kurang kasih sayang je. ha3. dan rasa nebes tu sampai boleh buat kalkulator tercampak jauh beribu batu dari meja peperiksaan.benda tu baru saja terjadi tadi pagi. ;( malunya.  semestinya orang akan tengok kan? dewan peperiksaan kan sunyi. orang kentut pon boleh dengar apatah lagi yang tengah tekan pencil lid. tik tik tik. 

mmg banyak kesah terjadik pasal kalkulator. usah cakap la. kalkulator ni kalau hidup dari zaman sekolah kompem kompem kojol time kita masuk universiti/kolej nanti. dia bukan nya kebal. lagi lagi bila time aku jawab final semester lepas. aduh. dia punya kekojolan dia memang melampau. sampai aku tak boleh on. dah la paper kira kira pulak tu. apa lagi aku amik kalkulator tu dengan muka selamba hempas kalkulator tu kat besi kerusi. nah! terkejut kawan kawan aku ingat aku mengamuk ke apa.

2)clumsy yah amat.

haa bab clumsy clumsy ni bagi jelah kat aku. aku la raja segala clumsy.dah la pendek.teringin nak pakai wedges.terpelecok engko jalan. macam tulang kaki hilang sebatang.terlangar batu macam terlangar lori jatuhnya. kemain. kalah artis kepohnya.

3)tak suka gel eyeliner silky girl.

macam hampeh. meh aku ulang lagi macam HAMPEH. aku cadangkan kat company silky girl tak payah la nak tiru jenama lain buat gel eyeliner.kalau nak, sponsor ajelah  kat budak budak gotik yang suke mata hitam sememeh macam kena tumbuk.bazir duit bazir masa bazir air mata nanges sebab gel eyeliner susah nak basuh.

4)final dah habis

al kesahnya semua paper aku dah habis ditaram dengan sebaiknya. merdeka. merdeka. boleh tidor tanpa fikir kena hafal formula lagi. 

5)tengah cari kerja

cuti sebulan lebih tapi mencarik kerja macam nak buat teman hidup selama lamanya. haha

6)frust sebab cinta

malas la nak cakap. kang ada yang cakap mintak simpati. T_______T

7)terlampau obses dengan online T_T

bangun tidor online,time makan online, time minum online,time dating online..ape jeeeeee yang rutin harian bukan bersertakan dengan ayat online???

8)nak kuruskan badan

kalau dapat potongan badan macam rozita che wan boleh la aku berangan pakai baju cantik cantik. T_T

9)suka melayan suria cinta

bab ni aku suka sangat layan before tidor. memang tangkap leleh. nak buek macam mano. eden sentimental yo.

10)berangan sampai tumbuh tumbuhan
 
sila jangan pelikkk. haha. tumbuh tumbuhan itu adalah jerawat. tak sama eh? bantai ajoooo lahhh. janji hado.


p/s: saya suka layan drama korea babyface sekarang ni. perasan cute la tu... hahaha

No comments:

Post a Comment

tak boleh maki maki di sini.
makaceh. :)