Sunday, May 22, 2011

kerja demi mengisi masa lapang.

entri yang ni aku duk kepoh 10 fakta pasal aku baru baru ni. yang paling latest hari ahad ni lah aku pergi carik kerja lagi.  lagi dan lagi sampai mata aku naik juling. meskipun ada pengalaman kerja, perasaan nebes memang tak boleh dinafikan memang sentiasa akan ada kat diri aku. aku kalau nebes tahap maksima memang boleh berpeluh peluh, lepas tu sakit perut tiba tiba. biasalah tebiat orang tak waras. hahha

kira banyak jugak la aku apply kerja. kadang kadang satu company tu aku mintak banyak banyak kali tapi lain lain cawangan la.

list kerja yang aku apply baru baru ni:-

1)   oldtown white coffee seksyen 9 bangi
2)   al ikhsan seksyen 9 bangi
3)  singer seksyen 9 bangi
4)  oldtown white coffe metropoint kajang
5)  al ikhsan metropoint kajang
6)  kfc metropoint kajang (penuh)
7)  watson depan metropoint kajang (penuh)
8)  san fransisco (taram ajolah eja nye) (penuh)
9)  secret recipe metropoint kajang
10) secret recipe kajang dekat avon
11) secret recipe seksyen 8 bangi
12) starbuck metropoint (penuh)(kosong kat mines je. jauh sangat)
13) uniform galery seksyen 8 tambahan
14) al jabbar seksyen 8 tambahan
15) pizza hut metropoint
16) dunkin donut (penuh)

kira lenguh la keluar masuk carik kerja. sakit kaki oiiii pakai wedgessss. kena buat muka tebal/tak tahu malu mintak kerja. T________T

kau tengok gelap bawah mata aku tuuu. macam spesis panda. kena tanam pokok buluh la lepas ni.si tua si tua si tua mata panda.T__T

kalau dah tua tu tua lah. nak wat mcm mane.start umor 21 nak apply krim mata T___T

balik je dari mintak kerja kat al ikhsan kat metropoint aku tengok muka en beruang macam penat je menunggu. meskipun dia cakap dia okey tapi hati aku tak sampai hati nak biar dia tunggu aku. so aku decide halal je lah hasrat nak apply kat guardian.

aku memang harap sangat dapat kerja kat kfc metropoint sebab kawan aku kerja dekat situ tapi bila dah penuh ni yang lemah ni. dia mintak aku kerja kat kfc saujana impian pulak. grrrr jauh la. tak paham ke. aku duk bangi la....grrr..

ahhhhh. tak nak makan kfc lagi. hahahaha mcm la boleh tahan tak makan kfc T___T. orang cakap kerja kat secret recipe berbaloi. so aku da apply form kerja kat secret recipe 3 kali tapi berlainan cawangan. travel dari bangi ke kajang. hambooiii kau. eksaited.salah satu aku rasa secret recipe ni best sebab kek dia.terliur jugak la aku tengok kek yang dorang display tadi. :-3  kah kah. aku tengok dia punya pekerja semua baik baik dan sopan. kalau aku dapat kat situ aku akan jadi baik dan sopan kah? hahaha tengok jelah nanti.

oldtown white coffe aku apply dua cawangan. satu jam rm5. berbaloi jugak. tapi ntah dapat ke tidak.pasrah ajolah. T__T aku tak tahu mata aku silap ke apa tapi aku nampak banyak pengkid/tomboi jadi manager. erkk. 

al ikhsan pulak aku  tunggu col untuk interview 26/5 ni. kena bawak resume semua. diploma pon tak habis lagi. macam mane ni. result spm tunggang langgang. takut aku tengok nye. agaknye orang yang interview aku tu nanti terbeliak tengok result spm aku. kah kah kah. T_T

aku pergi apply kerja dekat singer hari jumaat mase uh. owner dia okey. baeeekkk punya. boleh kuat team. tapi gaji rendah.rm25 sehari.commission rm30 kalau dapat jual satu barang.masalahnyeee, ada ke orang nak beli mesin jahit kat pasaraya econsave.. tak dapat jual mesin = no commission. ohemmmji ohemmmji T____T 

watson dan san francisco. terus je masuk watson awal awal memang dah kena reject. dah penuh. tak nak pakai orang. tapi yang paling aku bengang san francisco punya pekerja. aku mintak baik baik boleh pulak dia buat dono je time aku mintak kerja. memang #@$!%#% la kan. so aku tanya la dua kali ada ke tak. lepas tu baru cakap tak nak pakai pekerja lepas tengok aku lame2 sambil buat muka sinis. tak macam tunggul pulak aku kat sane. aku pun tak hingin la nak kerja orang macam kau. banyak lagi tempat aku boleh hidup.

dunkin and starbuck ada kerja kosong tapi area mines and midvalley. gila kauuuu duk bangi pergi kl semata mata kerja dunkin n starbuck. tak berbaloi unless aku memang duduk sana aku memang akan mintak kerja kat area situ. arhhhh melepas.

al jabbar dan uniform gallery. al jabbar ni mcm al ikhsan la. jual barang2 sukan yang branded.aku tengah tunggu col untuk interview.kalau dapat, alhamdulillah la.uniform gallery bersebelahan je dengan al jabbar. aku tengok ramai budak budak sekolah kerja kat situ. lumayan la gaji rm1000++ sebulan dan aku tengah tunggu panggilan untuk interview jugak.

yang paling aku suka sekali company ni. nah aku bagi tengok logo dulu. 

pizza hut ke pizza hot?

nak tahu apa sebab aku suka company ni? sebab aku baru je apply tadi terus dia col nak interview aku esok kul 3ptg. yahoooo. dan paling best sekali company pizza hut ni bersebelahan je dengan kfc metropoint yang aku keje dulu dan ada kawan aku yang kerja kat situ. yey  (^___^)V suka suka. 

muka seposen lepas mintak kerja harussss lahhh ada. haha

good day everyone :)

1 comment:

tak boleh maki maki di sini.
makaceh. :)